WAD 5

Pengenalan
Wad Perubatan Lelaki terletak di Aras Satu bangunan Hospital Nukleus Segamat. Wad ini mempunyai 27 buah katil. Ianya merupakan sebuah unit yang menyediakan Perkhidmatan Perubatan di mana kes-kes penyakit berjangkit seperti Demam Denggi, Typhoid, Kolera, Penyakit TiBi dan sebagainya ditempatkan di sini.

Objektif

  • Meberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi serta menjaga kebajikan pelanggan;
  • Memberi bimbingan dan khidmat pendidikan kesihtan, promosi hidup sihat dlam suasanan penyayang;
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes penyakit berjangkit dan mengamalkan “Standard Precaution” yang telah ditetapkan.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pakar sekurang-kurangnya sekali dari setiap kemasukan ke wad;
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut semasa discaj;

o   Nasihat - bagi kes TiBi (Pesakit akan dihantar ke KK Bandar Putra untuk kaunseling tentang rawatan TiBi yang selanjutnya);
o   Pembayaran bil  hospital;
o   Ubat-ubatan;
o   Tarikh temujanji rawatan susulan;
o   Surat Akuan masuk wad dan Sijil Cuti Sakit (jika perlu).

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Mempunyai 27 katil
  • Terbahagi kepada Kelas 1 (berhawa dingin), Kelas 2 dan Kelas 3.
  • Jadual hari klinik (MOPD)/Pakar 3

o  Isnin hingga Jumaat: 8.00 pg – 1.00 tgh
o  Hari Isnin – Klinik Psikiatri shj.

  • Memberi penjelasan terus kepada pesakit di katil sekiaranya Piagam tidak dapat dipenuhi dengan sebab-sebab berikut:

o   Doktor sedang mengendalikan kes-kes temujanji di klinik (MOPD);
o   Hanya seorang doktor dalam panggilan yang bertugas di hujung minggu dan sedang mengendalikan kes-kes kecemasan di unit lain.

 

Bayaran Bil Hospital
Sila jelaskan bayaran bil hospital anda:

  • Hari bekerja (8.00 pg – 5.00 ptg di Kaunter Hasil di tgkt bawah berhampiran pintu masuk utama);
  • Selepas waktu bekerja (5.00 ptg – 9.00 mlm di Bilik Daftra Masuk di Jab. Kecemasan);
  • Hari cuti (10.00 pg – 9.00 mlm di Bilik Daftar Masuk).

Cadangan/Teguran/Penghargaan
Anda boleh menggunakan borang yang disediakan di pintu masuk wad atau memintanya daripada staf yang bertugas dan memasukkan borang yang telah ditulis ke dalam kotak yang telah disediakan.

Untuk Pertanyaan
Tel: 07-943 3333 samb 281 (Kaunter)
Tel: 07-943 3333 samb 280 (Bilik Ketua Jururawat)
Fax Hospital: 07-943 4641