WAD 2
(PAEDIATRIK)

Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1996. Mempunyai 26 bilangan katil. Menerima kemasukan bayi baru lahir – 12 tahun. Mengandungi disiplin Medikal, Surgikal, Orthopedik< Gynae, Dental, OSCC dan lain-lain.

Wad 2 dibuka khas untuk “MAC”, ibu dan anak dibawah umur 1 bulan. Terdapat 10 bilangan katil disediakan.

Perkhidmatan kepakaran daripada Pakar Pembedahan dan Pakar Ortopedik ada disediakan. Manakala Pakar Paediatrik diselia oleh Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang membuat lawatan sebulan sekali ke Hospital Segamat. Pusat Rawatan Harian mula beroperasi pada 1998, sumbangan persatuan MAWAR Johor.

Objektif

  • Tiada keciciran imunisasi BCG bagi bayi berumur 1-7 hari yang dimasukkan ke wad Paediatrik;
  • Ibu-ibu yang mengiringi bayi semasa kemasukan anak di dalam jangkamasa pueperium jika terdapat sebarang komplikasi perlu dirujuk ke unit sakit puan.

Misi
Memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui rawatan dan pemulihan yang professional, khidmat nasihat yang tepat, promosi, cara hidup sihat dalam suasana penyayang disamping menghormati hak-hak individu.

Visi
Menjadikan wad kanak- kanak sebagai unit Paediatrik Surgery dan Perubatan ke arah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh doktor selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut apabila discaj:-
  1. Nasihat
  2. Bil Hospital
  3. Maklumat temujanji
  4. Ubat-ubatan

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menyediakan perkhidmatan harian termasuk:
  • Pemindahan darah bagi pesakit Thalassaemia;
  • Jun 2007 – memberi perkhidmatan pesakit Thalassaemia yang berumur 12 tahun ke atas;
  • Permainan untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun;
  • Permainan untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun;
  • Taman Terapeutik;
  • Day Care Centre : Dibuka Isnin – Jumaat (8.00 pg – 5.00 ptg).

 

Bayaran Bil hospital

  • Setiap pesakit diwajibkan membayar deposit semasa pendaftaran kecuali mereka yang ada surat pengesahan dari Jabatan atau surat Sekolah;
  • Kadar bayaran Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3 bagi kanak-kanak dikenakan bayaran separuh;
  • MAC Kelas 1 dan Kelas 2 masih dikenakan bayaran;
  • Kelas 3 dikenakan caj wad sahaja.

 

Untuk Pertanyaan
Tel: 07-943 3333 samb 167 (Kaunter)
Tel: 07-943 3333 samb 166 (Bilik Ketua Jururawat)
Fax Hospital: 07-943 4641