WAD 1

Pengenalan
Wad kanak-kanak ditubuhkan pada tahun 1993. Ianya mempunyai 26 bilangan katil. Umur bagi kemasukan baru lahir – 12 tahun. Mempunyai berbagai disiplin iaitu Medikal, Surgikal, Orthopedik, Gynae, dental dan lain-lain.  Memandangkan bilangan MAC terlalu ramai wad 2 dibuka khas untuk MAC dan ibu dan anak yang dibawah umur 1 bulan.

Terdapat 10 bilangan katil disediakan. Perkhidmatan kepakaran dari pakar pembedahan dan pakar orthopedic ada disediakan. Manakala pakar Paediatrik diselia oleh  Hospital Pakar Sultanah  Fatimah Muar yang membuat lawatan sebulan sekali ke Hospital Segamat.

Wad paediatrik juga telah mendapat sumbangan dari Persatuan JUWITA dengan gabungan ‘Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor’.

Objektif

  • Tiada keciciran imunisasi BCG bayi-bayi berumur 1- 7 hari yang dimasukkan ke wad Paediatrik;
  • Ibu-ibu yang mengiringi bayi semasa kemasukkan anak dalam jangkamasa pueperium jika terdapat sebarang komplikasi perlu dirujuk ke wad post natal.

        
Misi
Memberi perkhidmatan yang berkualiti melalui rawatan dan pemulihan yang profesional, khidmat nasihat yang tepat, promosi, cara hidup sihat dalam suasana
penyayang disamping menghormati hak-hak individu.

Visi
Menjadikan wad kanak-kanak sebagai unit Paediatrik Surgery dan Perubatan ke arah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Polisi
Seperti di general wad.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh doktor selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut apabila discaj:-
  1. Nasihat
  2. Bil Hospital
  3. Maklumat temujanji
  4. Ubat-ubatan

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Terdapat taman rekreasi bersebelahan wad. Dengan adanya taman ini dapat mempercepatkan proses rehabilitasi kepada pesakit;
  • Bilik permainan;
  • Bilik Perpustakaan.

Bayaran Hospital
Sila rujuk Unit Hasil

Pegawai Yang Boleh Dihubungi

  • K/J SITI JAHARA HUSSAIN
  • J/T MARSIDAH SALIM

No. Telefon  9433333 EXT : 168

Day Care Centre

1. Lokasi
           Terletak di wad 2 Hospital Segamat mempunyai 1 buah katil. Selain daripada pengendalian wad dan menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, anggota  wad paediatrik juga memberi khidmat bakti di Pusat Jagaan Harian (Day Care Centre).  Pusat ini adalah sumbangan Persatuan MAWAR Johor untuk kemudahan pesakit Thalassaemia yang menerima rawatan di Wad Paediatrik.
              Pusat Rawatan Harian Wad paediatrik ini yang mula beroperasi pada Jun 1998 masih meneruskan aktivitinya sejumlah 187 orang pesakit pada tahun 2006.  Perkhidmatan yang disediakan oleh pusat ini ialah pemindahan darah untuk pesakit Thalassaemia.

2.  Perkhidmatan yang disediakan

  • Memberi  kaunseling dan pembelajaran kepada pesakit,keluarga atau waris;
  • Pusat ini beroperasi dari jam 8.00 am hingga 5.00 pm.

3. Carta organisasi      
Pakar paeditrik /Doktor perubatan incharge Paediatrik Day Care Centre manakala K/Jururawat U32 dan J/Terlatih U29 incharge bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti di unit ini.

4.  Polisi

  • Pesakit yang perlu dimasukkan ke “Day Care Centre” mestilah dirujuk dari klinik Pakar 1 oleh Pegawai Perubatan. Keadaan Haemoglobin 9 gm/dl atau kurang;
  • Pesakit  dan kelurga perlu diberi panduan berkenaan Paediatrik “Day Care Centre”;
  • Mengandungi 2 jenis kerusi ( Dialysis chair ) di tempatkan di dalam Day Care Centre;
  • Segala rekod pesakit ditempatkan di bilik ini;
  • Segala  perawatan pesakit  perlu direkod oleh doktor di dalam kad klinik pesakit;
  • Pastikan Emergency Trolley diperiksa setiap hari dan sedia untuk digunakan;
  • Pesakit yang discharge akan di caj berpandukan Fees Acts Fees Medikal Order 1982.