PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana berkunjung ke Laman Web Rasmi Hospital Segamat.

Saya amat berbangga kerana Hospital Segamat telah dapat menyediakan satu media perkongsian maklumat yang untuk semua pengguna. Dunia kini makin pantas bergerak selari dengan kemajuan teknologi ICT. Sudah semestinya masyarakat akan menjangkakan capaian sesuatu maklumat yang akan lebih senang, cepat, tepat dan boleh diakses pada bila-bila masa. Atas dasar itu, maka pihak Pengurusan Hospital Segamat akan sentiasa memastikan bahawa setiap maklumat berkaitan perkhidmatan dan perawatan di Hospital Segamat dapat dicapai oleh pengguna walau di manapun mereka berada.

 

Dengan motto Hospital Segamat Hospital Mesra Di Hati, pihak kami akan selalu berusaha untuk memenuhi setiap keperluan perawatan kesihatan semua pelanggan mengikut tahap kemampuan dan keupayaan kami. Dan saya akan memastikan bahawa perkhidmatan yang disediakan di Hospital Segamat akan semakin cemerlang. Saya melihat penggunaan laman web ini penting sebagai medium penghubung antara pelanggan dan pihak Hospital Segamat. Banyak maklumat boleh diperolehi oleh pengguna disamping  menyumbang maklumbalas yang berguna kepada kami dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

 

Justeru itu, diharap Tuan-tuan dan Puan-puan mendapat maklumat yang berguna daripada kami.Terima kasih.
 
 

"PENYAYANG,BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

Dr. Hj Mohtar bin Ahmad
Pengarah Hospital Segamat
Kementerian Kesihatan Malaysia