Pengenalan
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP 1 Malaysia) ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj  kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1 Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang boleh dipilih oleh pesakit yang memenuhi criteria tertentu yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad.
 
Objektif
· Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
· Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit, dan
· Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan
· Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan
 
Faedah Kepada Pesakit
· Jamin kesinambungan bekalan ubat
· Selesaikan masalah kesuntukan masa
· Jimat kos perjalanan
· Tiada masalah meletakkan kenderaan
Cara Mendaftar
1. Dapatkan borang dari kaunter farmasi & daftar.
2. Semak kelayakan untuk mendaftar sebagai pengguna UMP dengan pegawai yang bertanggungjawab.
 
Maklumat Wajib Diisi Dalam Borang:
¨ Nama pesakit                                            
¨ No. Kad Pengenalan
¨ Alamat Penghantaran yang lengkap
¨ No. telefon untuk dihubungi
¨ Tarikh temujanji dengan doktor
¨ Tarikh bekalan ubat susulan di farmasi
 
Kadar Bayaran Penghantaran
¨ Penghantaran ubat menggunakan perkhidmatan POSLAJU di seluruh Malaysia.
¨ Caj kiriman akan ditanggung oleh pesakit mengikut jadual yang dipersetujui di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad
 
      Carta Alir Perlaksanaan UMP 1Malaysia
 
Hubungi Kami
Jabatan Farmasi
 
07-9433333 Samb. 120