PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL SEGAMAT

1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini.

2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.

3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik mesra bertimbang rasa hormat bersopan santun, jujur dan ikhlas.

4. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.