KLINIK PAKAR 4

Pengenalan

Klinik Pakar 4 adalah  satu unit yang memberi perkhidmatan sokongan di Hospital Segamat. Terdiri dari beberapa disiplin yang berfungsi di Klinik  Pakar 4, iaitu Klinik Pembedahan(SOPD), Klinik Ortopedik

Klinik Orthopedik
Beroperasi pada setiap hari Isnin dan Selasa yang diketuai oleh seorang Pakar Perunding Ortopedik U54. Beliau dibantu oleh seorang Pakar Or topedik U44 serta  dua orang Pegawai Perubatan U41 .Staf sokongan terdiri daripada  seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang jururawat U29, seorang Penolong Jururawat U14 dan seorang PPK U3. Purata ke datangan pesakit ke Klinik Ortopedik 41 orang setiap hari klinik .

Klinik Pembedahan (SOPD)
Beroperasi setiap hari Rabu dan Khamis. Diketuai oleh seorang Pakar Pembedahan Kontrak U51 dengan dibantu oleh seorang Pakar Pembedahan Kontrak U47, seorang Pegawai Perubatan U52 serta dua orang Pegawai Perubatan U41. Staf sokongan terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan U32, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Jururawat U29, seorang  Jururawat Masyarakat U24, seorang Penolong Jururawat U11 serta seorang PPK U3. Purata pesakit 31 orang setiap hari klinik.

Hubungi Kami
Wan Amiruddin
Penolong Pembantu Perubatan U32