KLINIK PAKAR 3

Pengenalan
Pakar 3 merupakan klinik unit rawatan untuk pesakit psikiatrik, diabetis, asma, tiroid, hipertensi, kulit dan jantung.

Objektif
Memberi perkhidmatan penentuan penyakit, rawatan serta pemulihan yang berkualiti serta efektif disamping memberi keselesaan pada pesakit yang memerlukan rawatan pesakit luar.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pusat rujukan kes-kes dari Ploklinik, lain-lain Hospital, klinik Swasta, Pusat  Rawatan dan wad-wad;
  • Pusat Rawatan Pakar dan khidmat kaunseling;
  • Klinik Psikiatrik pada hari Isnin;
  • Klinik diabetis, asma, tiroid pada hari Selasa dan Jumaat;
  • Klinik hipertensi, jantung pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat;
  • Klinik Kulit pada hari Rabu.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit diberi layanan yang mesra, sopan dan prihatin;
  • Masa menunggu rawatan adalah dalam masa 90 minit dari masa temujanji diberikan dicapai oleh 40% pesakit, 90 hingga 120 minit 35%, lebih 120 minit 25%, tidak termasuk menunggu ujian-ujian awal.

Cadangan/Teguran/Penghargaan
Anda boleh menggunakan borang yang disediakan di ruang peti cadangan di pintu keluar klinik kemudian dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Hubungi Kami
Ketua Klinik
Pen. Pegawai Perubatan U32
Tel: 07-943 3333 samb 270 (Kaunter)