JABATAN PSIKIATRI

Pengenalan
Perkhidmatan psikiatri di Hospital Segamat telah wujud sejak hospital ini ditubuhkan lagi. Ketika itu perkhidmatan psikiatri hanya bertaraf sebuah unit dan diletakkan di bawah penyeliaan jabatan perubatan. Tiada pegawai perubatan yang khusus untuk psikiatri. Pesakit yang dimasukkan ke wad akan ditempatkan di wad perubatan atau dirujuk terus ke Hospital Permai.

Apabila bilangan pesakit semakin bertambah, pakar psikiatri dari Hospital Permai dan kemudiannya dari Hospital Muar datang secara berkala setiap bulan untuk melihat pesakit luar di klinik pakar. Klinik psikiatri terletak di klinik pakar 3. Unit Psikiatri Komuniti diwujudkan dengan seliaan pakar dari Hospital Muar pada 2007.

Pada 16hb Julai 2009, Unit Psikologi Kaunseling telah diwujudkan dengan kedatangan seorang pegawai psikologi kaunseling. Unit ini kemudiannya diserapkan dibawah Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental yang ditubuhkan pada 23hb Disember 2009 selepas seorang residen pakar psikiatri ditempatkan di Hospital Segamat.

Secara umumnya, Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental di Hospital Segamat menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental yang meliputi aktiviti promosi, pencegahan, rawatan dan juga rehabilitasi. Perkhidmatan psikiatri yang komprehensif adalah perlu untuk mengurangkan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan institusi dan menggalakkan rawatan secara ambulatori di dalam komuniti.

Objektif

  • Membantu pesakit-pesakit yang mengalami penyakit psikiatri yang kronik atau teruk mengembalikan semula fungsi sosial dan ekonomi mereka yang optima.
  • Untuk mengurangkan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan secara institusi dan menggalakkan rawatan secara ambulatori.
  • Menempatkan dan memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit psikiatri akut yang ingin dirawat secara sukarela.
  • Memberikan rawatan kepada kes yang dirujuk dari hospital lain atau klinik-klinik di sekitar daerah Segamat atau kawasan yang berdekatan.
  • Mengurangkan kekerapan rujukan pesakit ke Hospital Permai atau hospital yang lain.
  • Mengurangkan kes-kes akut daripada menjadi kronik dengan memberikan rawatan yang optima dan segera.
  • Mengurangkan insiden pesakit melarikan diri dari hospital
  • Menjalankan program terapi cara kerja kepada pesakit-pesakit dalam proses menyediakan pesakit kembali kepada keluarga dan komuniti.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling secara individu atau berkumpulan.
  • Mengembangkan perkhidmatan psikiatri dalam komuniti di sekitar daerah Segamat dan kawasan yang berdekatan.

Skop Perkhidmatan

1. Perawatan Pesakit

  • Rawatan pesakit luar secara berterusan.
  • Pengurusan pesakit dalam wad.
  • Perkhidmatan Liaison Psychiatry untuk wad lain di Hospital Segamat.
  • Perkhidmatan Hospital-based Community Psychiatry.
  • Menawarkan perkhidmatan kaunseling yang humanistik mementingkan kewujudan kehormatan klien melalui kaedah kaunseling berdasarkan pendekatan-pendekatan psikologi dalam usaha menolong klien dari segi afektif, pemikiran (kognitif), wawasan psikologikal diri dan perlakuan.

 

2. Program Pemulihan

  • Membimbing dan memberi pendidikan kesihatan mental melalui psychoeducation.
  • Memberikan latihan cara kerja secara berjadual melalui perkhidmatan Unit Pemulihan Cara Kerja
  • Meningkatkan kesihatan emosi mereka yang memerlukan melalui perkhidmatan kaunseling yang diberikan.

 
Hubungi Kami


Dr Maryam Binti Amaran
Ketua Jabatan
Tel: 079433333 Samb. 270