JABATAN PERUBATAN AM

1.0    PENGENALAN
Jabatan Perubatan Am memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang berumur 12 tahun ke atas. Jabatan ini menawarkan perkidmatan dan perawatan pesakit dalaman dan rawatan ulangan di Klinik Pakar. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut.

1.1    Rawatan Pesakit Dalam
Jabatan Perubatan Am di Hospital Segamat mempunyai 2 wad perubatan. Wad-wad perubatan ini terletak di aras 1 bangunan Hospital Segamat yang terdiri daripada Wad 3 yang menempatkan pesakit lelaki dan Wad 4 yang menempatkan pesakit perempuan. Wad-wad ini menerima masuk kes-kes perubatan seperti Hypertension, Diabetic Mellitus, Renal, Jantung, dan juga penyakit-penyakit berjangkit seperti Leptospirosis, Denggi, Tibi dan lain-lain. Berbagai-bagai prosedur juga telah dilakukan di wad-wad seperti chest tube, peretonial dialysis, bone marrow dan sebagainya.

1.2    Klinik Pakar 3
Klinik Pakar 3  adalah salah satu unit yang memberi perkhidmatan sokongan di Hospital Segamat. Ia terletak berhadapan tempat letak kereta awam, bersebelahan dengan Klinik Pakar Pembedahan (SOPD). Klinik Pakar 3 diketuai oleh Pakar Perubatan, dibantu oleh beberapa Pegawai Perubatan dan anggota sokongan lain.

1.3    Klinik Diabetis
Pusat Sumber Diabetes (PSD) telah bermula operasi pada April 2006. Pengendalian dilakukan oleh Diabetic Educator yang terdiri daripada 2 orang Jururawat Terlatih U29 yang mempunyai Pos Basik Pengurusan Diabetes. Walau bagaimanapun PSD tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana kekurangan kakitangan di mana kakitangan tersebut adalah gunasama dengan Klinik Pakar 3. PSD bertanggungjawab dengan pesakit yang menghidap Diabetes dan pada mereka yang berisiko. Tugas-tugas yang dilakukan adalah seperti :

  • Pendaftaran Pesakit Diabetes
  • Kaunseling
  • Pendidikan Kesihatan
  • Screening
  • Pemeriksaan Glukometer
  • Pameran
  • Kem Perubatan
  • Program Kesihatan
  • Berhubung rapat dengan Persatuan Diabetes Kebangsaan

1.4    Unit Neurofisiologi
Unit Neurofisiologi ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang mempunyai Pos Basik
Neurofisiologi. Unit ini terletak di dalam Klinik Pakar 3.

1.5    Unit ECHO
Unit ECHO/Stress Test ini terletak di dalam Klinik Pakar 3 bersebelahan dengan Unit Neurofisiologi. Unit ini      dikendalikan oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang telah dihantar latihan sangkut di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

2.0    OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit , perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi, cekap serta  memberi keselesaan pada pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran pesakit-pesakit luar dan kes-kes ulangan.

3.0    PERJAWATAN
Diketuai oleh seorang Pakar Perunding Perubatan, 3 orang Pakar Perubatan dan dibantu oleh 9 Pegawai Perubatan, 1 Penyelia Jururawat Kawasan, 1 Penolong Pegawai Perubatan Kanan di Klinik Pakar, 4 Ketua Jururawat di wad, 5 Penolong Pegawai Perubatan U29 yang dipecahkan kepada 3 unit iaitu Unit MOPD, ECHO dan EEG, 62   Jururawat Terlatih yang bertugas di MOPD, Wad 3, Wad 4 dan CRW.  Jabatan Perubatan juga mempunyai 25 Pembantu Perawatan Kesihatan yang juga ditempatkan di ketiga-tiga unit tersebut.

 

KETUA JABATAN

Dr. Ganesh A/L Kasinathan
Pakar Perubatan