JABATAN PEMBEDAHAN

1.0    PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Segamat memberikan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk Daerah  Segamat sehingga ke kawasan Gemas.  Penduduk di sekitar Muadzam juga diberi perkhidmatan tersebut.
 

1.1    Pesakit Luar (Klinik Pakar 4)

1.1.1 Klinik Pembedahan Am (SOPD – Surgical Outpatient Department atau KP4 – Klinik Pakar 4)
Waktu Rawatan : 9.30 pagi hingga 1.00 petang setiap hari Rabu dan Khamis.
 

1.1.2 Klinik Bedah Payu Dara atau PDK (Payu Dara Klinik)
Waktu Rawatan 2.30 petang hingga 5.00 petang setiap Rabu minggu kedua dan minggu ke empat.

1.2    Pesakit Dalam

  • Wad 2 (wad kanak-kanak) terdiri 2 katil.
  • Wad 6 (wad lelaki) terdiri 22 katil.
  • Wad 8 (wad perempuan) terdiri 14 katil.
  • Wad pembedahan turut menyediakan bilik untuk Kelas 1A, 1B, bilik  pengasingan (isolation) dan bilik untuk rawatan kimoterapi.

1.3    Pembedahan

  • Pembedahan Elektif dijalankan Di Dewan Bedah Umum (General Operation Theater) dijadualkan setiap hari Selasa (jam 8.00pagi hingga 5.00petang) dan pada hari Ahad minggu pertama  dan ketiga setiap bulan (jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang).
  • Pembedahan Kecemasan dijalankan di Dewan Bedah Umum (General Operation Theater) 24jam setiap hari pada bila-bila masa diperlukan.
  • Pembedahan Minor / Pembedahan Harian (Day Care) dijalankan di Dewan Bedah Kecil (Minor Operation Theater) setiap hari Ahad jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang).
     

1.4    Perkhidmatan Endoskopi
Perkhidmatan Endoskopi termasuk ‘OGDS’ (Oesophago-Gastro-Duodenoscopy) dan ‘Colonoscopy’ dijalankan di Unit Endoskopi Hospital Segamat.  Prosedur Therapeutic juga dilakukan seperti ‘Oesophageal Varices Rubber Banding Ligation’, PEG (Percutaneous Endoscopy Gastrotomy), ‘Snare Polypectomy’, ‘Adrenaline Injection’, Heamoclipping’ untuk perdarahan juga ditawarkan.

  • Endoskopi Elektif dijalankan setiap hari Isnin jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.
  • Endoskopi Emergency dijalankan 24 hb setiap hari pada bila-bila masa diperlukan.
  • Endoskopi Mobil ditawarkan di HDW, ICU atau wad-wad pada bila-bila masa diperlukan jikalau pesakit kurang stabil untuk dihantar ke Unit Endoskopi.

1.5    Pusat Sumber Kanser Payu Dara (Breast Canser Resource Center / B-CaRE)
Perkhidmatan Pusat Sumber Kanser Payudara bermula semenjak 17 Ogos 2014.  Perkhidmatan ini disediakan setiap hari bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (3.30 petang pada Hari Khamis) kecuali  waktu PDK (Klinik Payu Dara) dijalankan.

1.6    Objektif Jabatan Pembedahan
Untuk memberi perkhidmatan, rawatan dan layanan yang berkualiti dan bermutu tinggi kepada pelanggan dan waris dengan mematuhi akta dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia justeru untuk keselesaan dan kepuasan pelanggan semasa menjalankan rawatan.

 

2.0    PERJAWATAN

BIL

JAWATAN

W6

W8

JUMLAH

1.

PAKAR PERUNDING PEMBEDAHAN  UD54

1

1

2.

PAKAR PEMBEDAHAN  UD52

1

1

3.

PEGAWAI PERUBATAN  U54

1

1

4.

PEGAWAI PERUBATAN U44

5

2

5.

PEGAWAI PERUBATAN U41

 

 

 

6.

KETUA JURURAWAT U32

1

1

2

7.

JURURAWAT U29

13

8

13

8

PEM. PERAWATAN KESIHATAN U12

1

1

1

9

PEM. PERAWATAN KESIHATAN U3

6

6

6

 

Ketua Jabatan

Dr Lim Chen Hong
Pakar Pembedahan
 
Kaunter Wad 6 :121
Kaunter Wad 8 :192