JABATAN PEDIATRIK

1.0    PENGENALAN
Jabatan Pediatrik memberikan perkhidmatan kepada pesakit kanak-kanak daripada bayi sehingga umur 12 tahun (kecuali kes-kes tertentu yang tiada had umur).  Perkhidmatan perawatan diberikan di lokasi-lokasi berikut:

1.1    Wad Pediatrik (Wad Dahlia/Wad 1 dan Wad Cempaka/Wad 2).
Jumlah katil rasmi ialah 52 katil tetapi katil berfungsi ialah 42. Wad ini juga menempatkan pesakit untuk disiplin lain seperti Pembedahan, Ortopedik, Pergigian dan ENT. Wad ini dilengkapi dengan bilik permainan dan Perpustakaan Juitaku Sayang.

1.2     Unit Rawatan Rapi Bayi (Neonatal Intensive Care/NICU/Wad 12).
NICU mempunyai 24 buah katil (4 intensif, 2 isolasi, 8 semi intensif dan 10 special care). NICU menyediakan perkhidmatan untuk bayi bermasalah dari baru lahir sehingga umur 28 hari, atau sehingga 6 bulan bagi bayi memerlukan rawatan ventilasi.

1.3     Klinik Pakar Satu (Pesakit Luar)    
Klinik Pediatrik diadakan 2 kali seminggu iaitu pada pagi Isnin dan Rabu. Klinik Jaundis diadakan pada pagi Ahad. Klinik Kanak-Kanak bermasalah pembelajaran diadakan pada petang rabu ketiga sebulan sekali. 2 klinik khas iaitu Combined clinic bersama jabatan/unit lain seperti pemulihan carakerja, fisioterapi, terapi    pertuturan dan dietetik untuk pesakit berkeperluan khas seperti cerebral palsy dan Sindrom Down diadakan 2 kali sebulan.

1.4    Unit Rawatan Harian/ Day Care

Unit terletak di Wad 2 mengendalikan kes-kes seperti Talasemia dan Ambulatory Clinic beroperasi dari 8 pagi – 5 petang setiap hari. Klinik Echo diadakan setiap pagi Khamis.

1.5    Unit Rawatan Rapi/ICU/HDW
Kes serius/kritikal untuk kanak-kanak berusia lebih 6 bulan yang memerlukan rawatan rapi seperti mechanical ventilation atau rawatan sokongan yang banyak dan pelbagai.

1.6    Wad Postnatal (Wad 9 dan 10) untuk memeriksa bayi selepas kelahiran untuk bayi yang tidak dirawat di NICU atau SCN.
1.7    Jabatan Kecemasan & Trauma (jika perlu) untuk kes kecemasan dan resusitasi.

1.8    Wad Bersalin/Dewan Bedah (jika perlu) untuk menyambut kelahiran bayi berisiko tinggi, bayi pramatang, bukan kelahiran  biasa (instrumental delivery atau pembedahan) atau resusitasi bayi.

2.0    OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berkesan bagi menyelamatkan nyawa, meminimakan kecacatan dan mengembalikan pesakit ke tahap kesihatan yang optima, di samping memelihara hak-hak pesakit dan keluarga.
 

PERJAWATAN

Jawatan

Catatan

Bilangan

Pakar Pediatrik

Dr. Intan Nor Chahaya Shukor

Dr. Tan Eng Kian

Dr. Tan Chee Sean

Dr. Phang Yuk Jean

4 orang

Pegawai Perubatan

Dr. Nasiruddin Jirin

Dr. Mohd. Nizamuddin Arbain

Dr. Nor Sahidah Mohammad Said

Dr. Tan Peng Ji

Dr. Sia Sin Dee

Dr. Damia Md Shukor

Dr. Noor Hafifah Jamian

Dr. Lim Pei Lu

Dr. Nur Sa’idah Mohd Saidfudin

7-8 orang

Pegawai Perubatan Siswazah

Mulai 30.11.2012, bergilir-gilir selama 4 bulan

10-13 orang

Wad Pediatrik

(katil berfungsi 42)

KJ Julydah Puasa, KJ Azlina Sehat (2 orang)

JT(18 orang), JM (8 orang), PPK (6 orang)

34 orang

Unit Rawatan Harian

KUP Rozita Kadir

1 orang

NICU/SCN

(katil 24 - 4 intensif)

KJ Masyitah Khalid, KJ Rozita Ismail (2 orang)

JT(20 orang), JM (2 orang), PPK (5 orang)

29 orang

Klinik Pediatrik (KP1)

KUP Huzaimah Utin (1 orang)

KUP (1 orang), JM (2 orang), PPK (1 orang)

4 orang

JUMLAH MAKSIMA

80 ORANG

 

 
KETUA JABATAN
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
 

Dr. Intan Nor Chahaya Binti Shukor
Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik (07-9433333)
Wad Pediatrik – sambungan 168/391
Unit Rawatan Rapi Bayi – sambungan 233/130
Klinik Pediatrik (Pakar 1) – sambungan 151/152