JABATAN OTORINOLOGINGOLOGI

1.0    PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu antara jabatan klinikal di Hospital Segamat. Jabatan ini bertempat di bangunan baru yang mula dibina pada Julai 2014 dan telah siap pada bulan Januari 2015. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Kepakaran Telinga, Hidung & Tekak serta yang berkaitan. Jabatan ini terletak  berdekatan dengan Pendaftaran Setempat (CR) dan  bersambung  dengan Klinik Pakar 3 serta bersebelahan   dengan Unit Oftalmologi. Jabatan ini mempunyai 2 sub unit iaitu Unit Terapi Pertuturan dan Unit Terapi  Pendengaran.

Perkhidmatan Telinga, Hidung & Tekak merangkumi rawatan kecemasan yang melibatkan organ telinga, hidung & tekak  serta bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang dilakukan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit dan rawatan serta pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung & Tekak di sekitar Daerah Segamat dan Muadzam Shah.
        

 

2.0     VISI, MISI DAN OBJEKTIF

2.1    VISI

  • Mewujudkan perkhidmatan  kepakaran rawatan telinga, hidung & tekak yang berkualiti berdasarkan prinsip perkhidmatan Penyayang, Profesionalisma dan Kerja Berpasukan.

2.2    MISI

  • Menyediakan perkhidmatan nasihat, pengesanan dan rawatan penyakit telinga, hidung & tekak .
  • Mengamalkan budaya kerja berpasukan dan korporat serta mengamalkan pendekatan perawatan secara efektif dan inovatif.
  • Sentiasa peka kepada perkembangan teknik perawatan dan berusaha meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam aspek perawatan.
  • Melindungi hak asasi pesakit serta menghormati kemuliaan insan.

2.3    OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang bermutu kepada pesakit telinga, hidung & tekak serta penyakit-penyakit yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti taraf kesihatan  pesakit.

 

3.0     FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

3.1    Fungsi

  • Menyediakan rawatan dan perundingan pakar untuk perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam bagi kes telinga, hidung & tekak.
  • Menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam wad.
  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan bagi kes kecemasan dan elektif.
  • Menyediakan perkhidmatan pemulihan pertuturan dan pemulihan pendengaran.
  • Mengesan penyakit-penyakit telinga, hidung dan tekak.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari Hospital Sultanah Fatimah Muar, Jabatan Kemalangan Trauma, Klinik pesakit luar, Klinik Pakar setempat, Klinik Kesihatan dan Klinik Pengamal Perubatan.
     

3.2    Perkhidmatan Harian

  • Memberi perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar setiap hari mengikut waktu pejabat kecuali Hari Selasa.
  • Menjalankan kes-kes pembedahan minor setiap  hari Selasa.
  • Menjalankan lawatan ke wad setiap hari.
  • Pemulihan pendengaran dan terapi pertuturan setiap hari.
  • Merawat kes-kes kecemasan melibatkan telinga,hidung dan tekak.

3.3    Perkhidmatan yang disediakan di jabatan

  • Rawatan Pesakit Luar Otorinolaringologi.
  • Rawatan Pesakit Dalam Otorinolaringologi.
  • Pembedahan Major dan Minor Otorinolaringologi.
  • Terapi Pertuturan.
  • Pemulihan Pendengaran.

 

4.0     PERJAWATAN

BIL

NAMA JAWATAN & GRED 

JAWATAN

ISI

KOSONG

1

PAKAR OTORINOLARINGOLOGI GRED UD54

1

1

0

2

PEGAWAI PERUBATAN UD44

5

2

3

3

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PENDENGARAN) U41

2

1

1

4

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) U41

2

1

1

5

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

1

1

0

6

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

3

0

3

7

JURURAWAT TERLATIH U29

5

2

3

8

JURURAWAT MASYARAKAT U19

2

1

1

9

PEMBANTU TADBIR N17

1

0

1

10

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

3

1

2

 

Ketua Jabatan

Dr Nik Azrizie Bin Muhamed
Pakar Otorinolaringologi UD54