JABATAN ORTOPEDIK

1.0     Pengenalan

Perkhidmatan Jabatan Ortopedik:
1.1         KLINIK PESAKIT LUAR ORTOPEDIK
Beroperasi di Klinik Pakar 4 pada Isnin dan Selasa bermula jam 8pagi hingga 1petang.

1.2         KLINIK DIABETIC FOOT ULCER
Beroperasi di Klinik Pakar 4 pada setiap Jumaat minggu kedua dan ke empat setiap bulan. Klinik dijalankan oleh Pakar Perunding Ortopedik, Pakar Ortopedik dan 2 Pegawai Perubatan. Klinik dibuka jam 8pagi hingga 1petang.

1.3         RAWATAN PESAKIT DALAM
Rawatan Ortopedik disediakan di Wad 7 (Ortopedik Lelaki) dan Wad 8 (Ortopedik Perempuan) yang terletak di aras 2 bangunan Hospital Sega mat. Dengan bilangan katil sebanyak 42 buah.

 

2.0     Misi, Visi & Objektif

2.1     Misi
Bertekad untuk melaksanakan rawatan dengan profesional, cekap dan berkesan bagi mencapai kepuasan pelanggan yang optima pada setiap masa.
 
2.2     Visi
Menjadikan Jabatan Ortopedik Hospital Segamat satu jabatan yang dinamik, cemerlang dan gemilang dalam melaksanakan perawatan ortopedik.

2.3     Objektif
Untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan bermutu tinggi kepada semua pelanggan dan waris serta menepati garis panduan yang ditetapkan setiap masa.

 

Untuk Pertanyaan

Tel: 07-943 3333 samb 191 (Kaunter)
Tel: 07-943 3333 samb 194 (Bilik Ketua Jururawat)

 

Ketua Jabatan
Dr. Abdul Muttalib Bin Abdul Wahid
Pakar Perunding Ortopedik JUSA C