JABATAN OFTALMOLOGI

1.0    PENGENALAN

Unit Oftalmologi diwujudkan pada Januari 2014.  Pada awalnya unit ini dikenali sebagai Unit Optometri berikutan ketiadaan doktor dan hanya mempunyai Pegawai Optometris . Dengan kehadiran 2 orang doktor ke unit ini, unit ini telah ditukar kepada Unit Oftalmologi selaras dengan aktiviti-aktiviti klinikal yang baru diwujudkan.
        
2.0    OBJEKTIF
    
Menyediakan perkhidmatan oftalmologi dari segi pengesahan rawatan, pembedahan minor dan pemulihan kepada pesakit yang memerlukannya.
Matlamat utama kami adalah untuk mengurangkan kadar kebutaan masyarakat yang semakin meningkat melalui cara pengesanan masalah mata di peringkat awal, rawatan dan pencegahan penyakit.

KETUA JABATAN

Dr. Zakaria Bin Abdollah
Pakar Oftalmologi