JABATAN PERBIDANAN & SAKIT PUAN (O&G)

1.0     PENGENALAN

Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi merupakan salah satu kepakaran major yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Segamat memberi penjagaan kesihatan dan  rawatan kepada pesakit dalaman dan luaran serta memberi rawatan susulan kepada pesakit di Daerah Segamat serta daerah sekitarnya seperti Gemas, Negeri Sembilan dan juga Muadzam, Pahang. Kesemua wad O&G dan Dewan Bersalin berada di aras 1 manakala Klinik Pakar 1 pula berada di aras bawah bangunan Hospital Segamat.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
1.1    RAWATAN PESAKIT DALAM

1.1.1    Wad Sakit Puan dan Postnatal ( Wad 9 )
Wad ini mempunyai 28 buah katil,  18 buah katil untuk pesakit Gynae dan 6 buah katil lagi untuk pesakit Postnatal yang menjalani pembedahan caesaran secara kecemasan. Terdapat 4 buah katil disediakan untuk MAC (Mother Accompany Child)

1.1.2    Wad Antenatal dan Postnatal (Wad 10)
Wad ini mempunyai 46 buah katil yang terdiri dari 18 buah katil untuk pesakit antenatal dan 22 buah katil lagi untuk pesakit postnatal. Terdapat 6 buah katil disediakan untuk MAC (Mother Accompany Child)

1.1.3    Dewan Bersalin
Menyediakan 7 buah bilik bersalin termasuklah 1 bilik untuk rawatan rapi bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi serta mempunyai komplikasi kehamilan / kelahiran yang memerlukan pengawasan dan pemerhatian yang rapi.

1.1.4    Dewan Bedah
Menjalankan pembedahan secara elektif / kecemasan bagi pesakit obstetrik dan ginekologi dan menerima rujukan “on table” daripada jabatan lain.

1.1.5    Unit Rawatan Rapi /ICU/HDW
Kes serius / kritikal untuk pesakit obstetrik dan ginekologi yang memerlukan rawatan rapi seperti “mechanical ventilation” atau rawatan sokongan yang pelbagai.

1.2    RAWATAN PESAKIT LUARAN

1.2.1    PAC (Patient Admission Center)
Bertempat di Dewan Bersalin untuk menerima  pesakit yang hamil dan pesakit Ginekologi yang mempunyai masalah kesihatan untuk diperiksa oleh Pegawai Perubatan  dan Pakar serta membuat keputusan samada perlu kemasukan ke wad, rujukan Klinik Pakar atau rawatan susulan.

1.2.2   Jabatan Kecemasan dan Trauma (jika perlu) untuk kes-kes kecemasan dan  resusitasi.

1.2.3   Klinik Pakar 1
Memberi rawatan harian dan susulan kepada ibu-ibu hamil  dan kes-kes ginekologi yang dirujuk samada  pesakit dalaman ataupun pesakit rujukan dari klinik periferi. Di antara klinik yang dijalankan ialah EPAU (Early  Pregnancy Assessment Unit) , PPC (Pre Pregnancy Clinic) Gyne Clinic dan Postnatal Clinic.

1.3   Mengamalkan konsep Teman Kamar Bersalin dimana suami atau waris terdekat dibenarkan menemani pesakit di dalam bilik bersalin semasa melalui proses bersalin.

1.4   Mengekalkan Program Hospital Rakan Bayi di mana semua ibu yang bersalin digalakkan dan dibantu memberikan susu ibu kepada bayi mereka dalam masa 1 jam selepas bersalin kecuali ibu dan bayi yang bermasalah.
 

2.0     VISI, MISI DAN OBJEKTIF

2.1   VISI JABATAN
Mewujudkan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi serta perawatan secara optima merangkumi perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.

2.2   MISI JABATAN
Kami akan memainkan peranan pertama dalam usaha mencegah penyakit, mempromosikan dan pengubatan aspek-aspek kesihatan kesuburan wanita. Ini dapat dilakukan dengan cara : -

  • Mengekalkan status Hospital Rakan Bayi.
  • Mengekalkan status Hospital Rakan Suami.
  • Memastikan pesakit mendapat penjagaan dan rawatan yang betul dan terbaik dengan memberi penekanan terhadap nilai-nilai kemanusian, penggunaan peralatan berteknologi terkini, pengubatan berasaskan bukti, pemantauan mengikut piawaian yang ditetapkan aplikasi kaedah Qualitiy Assurance.
  • Memberi fokus kepada keperluan masyarakat.
  • Memastikan setiap anggota mendapat latihan yang berterusan.

2.3   OBJEKTIF JABATAN

  • Meningkatkan perkhidmatan obstetrik dan ginekologi ke tahap penjagaan perawatan pesakit yang optima dengan menggunakan kaedah atau teknik yang efektif dan rasional.
  • Mengurangkan mobiditi dan mortaliti pesakit obstetrik dan ginekologi.
  • Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada klien Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.
  • Menggalakkan staf di jabatan menjalankan penyelidikan dan pembelajaran berterusan.

 

BIL

JAWATAN

WAD 9

WAD 10

DEWAN BERSALIN

KLINIK PAKAR 1

TOTAL

1.

PAKAR O&G UD54

1

1

2.

PAKAR O&G UD52

1

1

3.

PEGAWAI PERUBATAN UD54

0

0

 4.

PEGAWAI PERUBATAN UD48

2

2

5.

PEGAWAI PERUBATAN UD44

6

6

6.

PEGAWAI PERUBATAN UD41

6

6

7.

PENYELIA JURURAWAT U36

1 1

8.

KETUA JURURAWAT U32

1

1

3

-

5

9.

JURURAWAT U32 (KUP)

1

6

5

1

13

10.

JURURAWAT U29

14

10

10

-

32

11.

JURURAWAT U24

       1

1

1

1

4

12.

JURURAWAT U19

7

14

15

2

38

13.

PEM. PERAWATAN KESIHATAN U11

5

6

5

2

13

JUMLAH

29

38

39

6

122

 

KETUA JABATAN

Dr. Fatimah Zarina Binti Jamaludin
Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G)