JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
1.0 PENGENALAN
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan pintu utama perkhidmatan dan rawatan kritikal yang disediakan oleh Hospital. Ianya juga merupakan portal utama untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan asas hospital dan klinik kesihatan. Secara amnya skop rawatan perubatan kecemasan termasuk:
1) Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital
2) Rawatan Kecemasan dan Resusitasi
3) Rawatan Pesakit Luar
4) Perkhidmatan Perlindungan Ambulan
5) Kesiapsiagaan Bencana
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Segamat kini terbahagi kepada 2 fungsi utama iaitu Unit Perawatan Klinikal Kecemasan dan Unit Rawatan Pra Hospital. Kedua-dua fungsi ini dikawal selia oleh Pakar Perubatan Kecemasan dan dibantu oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga dan Penolong Pegawai Perubatan Penyeliaan U32 dan Klinikal U41.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif Umum:
Meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma sebagai pintu utama perkhidmatan Hospital Segamat
2.2 Objektif Khusus:
- Memberi penekanan kepada keselamatan pesakit dan kepuasan pelanggan (Patient safety & satisfaction)
- Pengukuhan modal insan dan meningkatkan tahap profesionalisma di kalangan kakitangan JKT
- Mewujudkan perkhidmatan perubatan kecemasan yang terkini berdasarkan kepada ”Evidence Based Medicine”
KETUA JABATAN
Dr. Nurhafizah Binti Zainal Abidin
Pakar Perubatan Kecemasan
07-9433333 Samb. 111