JABATAN KERJA SOSIAL & KEBAJIKAN

Pengenalan

Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Segamat sehingga hari ini telah beroperasi selama hampir 13 tahun semenjak  diwujudkan pada bulan Julai  1994. Secara umum Pentadbiran dan Pengurusan unit ini adalah secara langsung di bawah Pengarah Hospital Segamat. Pada tahun 2001 (pada bulan April ), Unit Kerja Sosial Perubatan telah dipindahkan ke tempat baru iaitu dari bilik Pakar di tingkat satu Blok Pentadbiran ke Bilik Daftar Masuk lama berhampiran Jabatan Kecemasan.

Fungsi utama jabatan ini adalah untuk memberi khidmat bagi menyelaras dan mengurus masalah psiko-sosial dan sosio-ekonomi pesakit serta sebagai pusat perhubungan awam (P.R.O.) bagi keluarga atau relatif. Sistem perkhidmatan jabatan ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:

  • Sokongan Terapi (supportive theraphy)
  • Bantuan Praktik
  • Bantuan Am

 

Objektif Unit Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan merupakan satu unit yang baru diperkembangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1994 dengan pengambilan Pegawai-pegawai secara berperingkat dan ditempatkan dikebanyakan hospital kerajaan seluruh Malaysia.

Objektif unit ini adalah untuk membantu memulihkan pesakit serta keluarga khususnya dari aspek psiko-sosial agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang pro-aktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya selaras dengan matlamat wawasan 2020:

“Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu  sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan sekeliling sistem keluarga yang kukuh”

 

Misi

Memberi khidmat sosial yang berkualiti melalui perkhidmatan yang professional dan khidmat nasihat yang tepat di dalam suansana penyayang di samping menghormati hak-hak individu.

Visi

Menjadikan Unit Kebajikan Perubatan  sebuah unit yang cemerlang dan berkualiti di dalam bidang kepakarannya ke arah peningkatan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat.

Polisi

  • Perkhidmatan sosial perubatan diberikan kepada pesakit dalaman dan pesakit luaran;
  • Doktor yang merawat akan merujuk pesakit kepada Pegawai Kerja Sosial dengan menggunakan borang rujukan yang disediakan;
  • Pesakit daripada klinik pakar dan unit A&E perlu dirujuk bersama-sama borang rujukan yang disediakan;
  • Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu menilai keperluan pesakit dan rujukkan kepada agensi-agensi yang berkaitan;
  • Temujanji dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlulah mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan;
  • Perkhidmatan kaunseling dan temubual bersama pesakit perlu dilakukan di wad, pejabat kerja sosial ataupun rumah pesakit;
  • Maklumat yang diperolehi oleh pegawai kerja sosial mestilah dirahsiakan dan hanya boleh dikeluarkan sekiranya mendapat  persetujuan daripada pesakit atau penjaga dan pengarah hospital kecuali yang berkaitan dengan keperluan undang-undang.

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap kes dalam wad yang dirujuk akan dilihat dalam masa 1 – 3 hari;
  • Setiap kes pesakit luar yang dirujuk akan dilayan secepat mungkin;
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan di Unit Kerja Sosial Perubatan terbahagi kepada dua iaitu Pengurusan Kes Terapi Sokongan dan Pengurusan Bantuan Praktik.

 

Pengurusan Kes Terapi Sokongan

  • Penjagaan Pesakit Kronik
  • Cubaan Bunuh Diri
  • Perbalahan / Keganasan Rumahtangga
  • Ibu Tanpa Nikah
  • Mangsa Perkosaan
  • Penganiayaan Kanak-kanak
  • Masalah Tingkah Laku
  • Kes Kurang Upaya ( cacat )
  • HIV Positif / AIDS
  • Ketagihan
  • Perlindungan Wanita dan Gadis

 

Bantuan Praktik

  • Menyediakan Laporan penilaian Sosial;
  • Membuat Perancangan Keluar Wad;
  • Mengurus Rujukan Pendidikan Khas;
  • Menguruskan Penempatan di Institusi;
  • Menguruskan Penjagaan Anak Terpelihara/Anak Angkat;
  • Mendapatkan tambang balik atau untuk ke hospital rujukan;
  • Pengecualian/Pengurangan Bayaran Wad/IJN;
  • Mendapatkan alat tiruan/Peralatan Perubatan;
  • Mendapatkan perbelanjaan pelbagai.

 

Hubungi Kami

Pegawai Kerja Sosial Perubatan
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Segamat
(07-9433333 ext 218)