JABATAN PATOLOGI

1.0    PENGENALAN
Jabatan Patologi merupakan salah satu unit sokongan diagnostik dan klinikal di dalam Hospital Segamat. Jabatan ini memberikan perkhidmatan ujian makmal dan menjalankan kajian terhadap spesimen pesakit sebagai langkah awal dalam mendiagnosa penyakit seterusnya membantu pihak klinikal di dalam memberikan rawatan proses pemulihan.

Pada tahun 2015, Jabatan ini telah diberi peruntukan untuk projek pembesaran makmal iaitu bagi pembinaan tiga makmal baru iaitu Makmal Dadah, Makmal Tibi dan juga Makmal Serologi. Sebelum ini ketiga-tiga unit ini berkongsi ruang kerja dengan Makmal Patologi Kimia dan juga Makmal Mikrobiologi. Dengan adanya penambahan Makmal ini dapatlah memberikan ruang kerja yang lebih luas dan selesa kepada Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) yang bertugas. Projek pembinaan bangunan baru ini telah dimulakan pada bulan September 2015 dan siap sepenuhnya pada Disember 2015.

2.0    OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan diagnostik dan saringan ke atas spesimen klinikal atau spesimen patologi untuk membantu para pengamal perubatan dalam usaha merawat, pemantauan rawatan, prognosis pesakit serta membantu program kesihatan awam.

3.0    PERKHIDMATAN
Jabatan Patologi Hospital Segamat mempunyai enam disiplin utama iaitu Patologi Kimia, Kaji Kuman, Serologi,    Hematologi, Sitologi dan Histopatologi. Antara perkhidmatan yang terdapat di bawah jabatan ini adalah seperti berikut:

3.1    Patologi Kimia

  • Menjalankan analisa bagi mengesan perubahan biokimia di dalam cecair badan.
  • Ujian pengesanan dadah dalam urin.                
  • Ujian-ujian hormon dan “immunoassay” (TSH, CEA, PSA, Folate, Vitamin B12, FT4, B-Hcg, Ferritin).
  • Menguruskan penghantaran sampel ke makmal rujukan (Serum Cortisol, Vitamin D dan lain-lain).

3.2    Kaji Kuman dan Serologi

  • Menjalankan ujian diagnosa mikrobiologi. Selain itu, ia juga merupakan  sumber perundingan, sokongan secara teknikal dan diagnosa di dalam program kawalan infeksi hospital.
  • Ujian Kultur dan Antibiotik Sensitiviti.                 
  • Ujian Khas serologi (HBsAg, HBsAb, anti HIV, anti HCV dan VDRL).
  • Menguruskan penghantaran sampel ke makmal rujukan (ujian virus H1N1, MersCoV dan lain-lain).

3.3    Hematologi Dan Klinikal

  • Menjalankan ujian Rutin (FBC, Reticulocyte Count, PT/INR/APTT, Urine FEME, G6PD, D-Dimer).
  • Ujian Klinikal seperti ‘Blood Film Malaria Parasite’, Stool Blood test, Stool Ova & Cyst.
  • Penyediaan slaid untuk “Peripheral Blood Film”, “Bone Marrow Aspiration”
  • dan “Hb Analysis” bagi persediaan penghantaran sampel ke makmal rujukan .
  • Menguruskan penghantaran sampel ke Makmal Rujukan untuk ujian G6PD enzyme level, Thrombophilia , Chromosom Study dan lain-lain.

3.4    Histopatologi dan Sitologi

  • Menyediakan slaid FNAC dan juga semakan penerimaan sampel Histologi untuk dirujuk ke makmal Histologi HPSF, Muar.

Manakala bagi permintaan ujian yang tidak dapat dijalankan di jabatan ini, jabatan ini sentiasa berusaha untuk menghantar sampel-sampel tersebut ke makmal-makmal rujukan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Antara makmal yang sering menerima sampel daripada Jabatan Patologi Hospital Segamat adalah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Jabatan Kimia Malaysia Johor Bahru, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Ampang, MKA Johor Bahru, MKA Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan.

 

4.0 Perjawatan

BIL

JAWATAN

PERJAWATAN

DIISI

KEKOSONGAN

1

Pegawai Perubatan UD54

1

1

0

2

Pegawai Perubatan UD44

1

1

0

3

Pegawai Sains (Kimia Hayat) C44

1

1

0

4

Pegawai Sains (Kimia Hayat) C41

1

1

0

 5

Pegawai Sains (Kaji Kuman) C41

2

2

0

6

Juruteknologi Makmal Perubatan U38

1

1

0

7

Juruteknologi Makmal Perubatan U36

2

2

0

8

Juruteknologi Makmal Perubatan U32

2

1

1

9

Juruteknologi Makmal Perubatan U29

13

11

2

10

Pembantu Tadbir N17

1

1

0

11

Pembantu Perawatan Kesihatan U12

1

1

0

 

Pembantu Perawatan Kesihatan U3/U12

2

2

0

JUMLAH

28

25

3

 

Ketua Jabatan


Dr. Suhana binti Hashim
Tel: 07-9433333 (189)