JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (ICT)

Pengenalan

Jabatan ICT Hospital Segamat  mula beroperasi pada Jun 2009 dengan perjawatan diisi oleh pegawai gunasama daripada skim Teknologi Maklumat(F). Mengikut perjawatan Jabatan ICT Hospital Segamat mempunyai 5 jawatan bermula dari gred F44 sehingga Gred FT17.  Disenaraikan perjawatan yang telah diluluskan bagi Jabatan ICT, Hospital Segamat.

 

Objektif

Peranan utama Jabatan ICT  adalah dalam  merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara semua aktiviti dan program ICT di Hospital Segamat. Dalam memainkan peranan tersebut, Jabatan ICT telah mensasarkan objektif utama iaitu untuk menyelaras semua aktiviti dan pembangunan ICT Hospital Segamat agar dapat berkembang maju demi kepentingan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

 

Perjawatan

JAWATAN

JUMLAH

Pegawai Teknologi Maklumat F44

1

Pegawai Teknologi Maklumat F41

2

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F32

1

Juruteknik Komputer FT17

1

JUMLAH

5

 

Hubungi Kami

En Mohd Azahar Bin Mustapha
Ketua Jabatan
07-9433333