JABATAN FARMASI & BEKALAN

1.0    PENGENALAN
Jabatan Farmasi terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal, Hospital Segamat. Perkhidmatan Farmasi kini lebih menumpukan perhatian kepada Amalan Farmasi Klinikal dengan berlandaskan konsep “Pharmaceutical Care’ yang optima kepada setiap pesakit. Namun demikian fungsi perolehan dan bekalan ubat-ubatan serta alat-alat perubatan masih diteruskan kerana penggunaan ubat-ubatan yang berkesan dan berkualiti hanya dapat diamalkan dengan adanya sistem pengurusan bekalan ubat-ubatan yang cekap dan efektif.
 

2.0    OBJEKTIF PERKHIDMATAN
Memberi perkhidmatan farmasi yang terbaik dan berkualiti dengan memberI keutamaan kepada kepuasan pelanggan serta mematuhi arahan, peraturan dan polisi jabatan.

 

3.0    JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
Jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di bawah perkhidmatan farmasi adalah seperti berikut:

3.1    Farmasi Pesakit Luar (OPD)
3.2    Farmasi Pesakit Dalam (IPD)
3.3    Perkhidmatan Maklumat Ubat
3.4    Farmasi Medication Therapy Adherence Clinics (MTAC)
3.5    Farmasi Wad
3.6    Perkhidmatan 'Therapeutic Drug Monitoring'
3.7    Farmasi Logistik
3.8    Perkhidmatan ‘Home Medication Review’
3.9    Perkhidmatan Tambah Nilai:

  • SMS, Telefon dan Ambil
  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
  • Ubat Melalui Pos
  • Letak dan Ambil
  • Farmasi Pandu Lalu
  • Kad Temujanji

 

4.0    PIAGAM PELANGGAN
Piagam pelanggan mengikut jenis perkhidmatan utama yang diberikan oleh bahagian ini adalah seperti berikut:

4.1    Farmasi Pesakit Luar (OPD)

  • Bekalan ubat-ubatan akan dibekalkan dalam tempoh 30 minit selepas preskripsi diterima.

4.2    Farmasi Pesakit Dalam (IPD)
Khusus untuk Farmasi Bekalan Wad (FBW) sahaja, iaitu:

  • Bekalan ubat-ubatan akan dibekalkan dalam tempoh 3 jam selepas pesanan diterima pada waktu pejabat.
  • Bekalan ubat-ubatan bagi pesanan kecemasan akan dibekalkan dalam tempoh 15 minit selepas pesanan diterima.

4.3.   Farmasi Logistik

  • Bekalan ‘standard stok’ ubat dan bukan ubat akan dibekalkan dalam tempoh 10 hari bermula pada 1 haribulan setiap bulan.

 

Hubungi Kami

Ketua Jabatan
Nur Shazrina binti Ahmad

07-9433333 Samb. 244
07-9433333 Samb. 120 (Kaunter)