JABATAN SAJIAN & DIET

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Segamat merupakan salah satu Jabatan Sokongan Bukan Klinikal yang memberikan perkhidmatan Terapi Pemakanan Klinikal dan Perkhidmatan Sajian Makanan kepada pesakit di dalam wad.

Jabatan ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membekalkan makanan biasa dan teraputik yang seimbang, selamat dan berkualiti kepada semua pesakit yang tinggal di wad sahaja mengikut keperluan pesakit. Jabatan ini juga turut membekalkan makanan kepada Doktor Atas Panggilan (On – Call ) yang mana mereka dibekalkan makanan dengan kelayakan Kelas Satu.

Bagi anggota yang bertugas malam, mereka dibekalkan dengan catuan Makan Malam dengan harga RM 1.00 semalam. Jadual tugasan malam adalah selama 3 malam. Dengan itu, anggota yang bertugas malam akan dibekalkan Catuan Makan Malam bernilai RM 3.00 per shif.

Bagi Perkhidmatan Dietetik Klinikal dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu Perkhidmatan Pesakit Luar dan Perkhidmatan Pesakit Dalam. Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dalam bentuk Khidmat Nasihat Pemakanan (Medical Nutrition Therapy) ataupun Khidmat Sokongan Pemakanan (Nutrition Support) sama ada secara oral ataupun menggunakan tiub pemakanan. Rawatan yang diberikan adalah dinilai daripada status pemakanan pesakit dan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Bekalan makanan tambahan ini dikawalselia sepenuhnya oleh Jabatan Dietetik dan Sajian.

 

Objektif

  • Membekalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi meningkatkan status pemakanan pesakit.
  • Menyediakan makanan yang terjamin keselamatan, mutu, serta kualiti produk yang dikeluarkan kepada pesakit.
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman pesakit terhadap kepentingan penjagaan pemakanan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang kronik melalui Medical Nutrion Therapy yang dilaksanakan oleh Pegawai Dietetik.  

 

Hubungi Kami

En Mohd Khairi B Maslehan
Ketua Jabatan
07-9433333 Samb. 293