DEWAN BERSALIN

Pengenalan
Dewan Bersalin terletak di Aras Satu Bangunan Hospital Nukleur Segamat. Unit ini mempunyai 8 bilik yang dilengkapi dengan sebuah katil bersalin pada setiap bilik. Satu daripada 8 bilik itu dijadikan Bilik Eclampsia. Mengamalkan konsep Teman Kamar Bersalin dimana suami atau waris terdekat dibenarkan menemani pesakit di dalam bilik bersalin semasa menjalani proses bersalin.

Mengekalkan Program Hospital Rakan Bayi di mana semua ibu yang bersalin dibantu memberi susu ibu dalam masa ½ jam selepas bersalin kecuali ibu dan bayi yang
bermasalah. Diketuai oleh seorang Ketua Jururawat U32, 15 orang Jururawat 29, 10 Jmasyarakat U29. 1B/Terlatih U11 , 5 PPK U 3.

Objektif

  • Memberi Rawatan Dan Mengendalikan  kes Kelahiran Ibu Dan Bayi Dengan Selamat Dan Berkualiti;
  • Menurunkan Kadar Kematian Ibu Dan Bayi Bagi Semua Kelahiran;
  • Mengekalkan Pengurusan Penyusuan Susu Ibu Dimana Hospital Segamat Telah Diiktirafkan Hospital Rakan Bayi.

Objektif Kualiti                                    

  • Memastikan setiap ibu dan bayi yang dilahirkan akan di tag dengan betul.
  • Setiap bayi akan diberikan penyusuan awal ½  jam selepas kelahiran kecuali ibu atau bayi yang mengalami komplikasi.

    
Misi
Memberi Perkhidmatan Perbidanan Yang Berkualiti Dan Menyambut Kelahiran Dengan Cekap Dan Selamat Melalui Perawatan Yang Professional, Khidmat Nasihat Yang Tepat, Promosi Cara Hidup Sihat Di dalam  Suasana Penyayang Disamping Menghormati Hak Hak Individu.

Visi
Menjadikan Dewan Bersalin Sebagai Tempat Kelahiran Yang Selamat Dan Perkhidmatan Perawatan Kebidanan Yang Berkualiti.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menerima kemasukan ibu mengandung;
  • Menyambut Kelahiran;
  • Merawat ibu mengandung dan selepas bersalin yang bermasalah.

Piagam Pelanggan
Setiap pesakit akan diperiksa oleh doktor selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
Ibu dibekalkan dengan perkara berikut:

  • Tag identiti ibu dan anak
  • Uri bayi
  • Nasihat
  • Ibu akan dipindahkan ke Wad Mawar 2 jam selepas bersalin.

Untuk Pertanyaan
Tel: 07-943 3333 samb 236 (Kaunter)
Tel: 07-943 3333 samb 237 (Bilik Ketua Jururawat)

Cadangan/Teguran/Penghargaan
Anda boleh gunakan borang yang disediakan di kaunter maklumat di Dewan Bersalin dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan.

Ketua Jabatan


Dr. Fatimah Zarina Binti Jamaludin
Ketua Jururawat
Ketua Jururawat U32