UNIT BEKALAN STERIL (CSSD)

Pengenalan
Unit Bekalan Steril terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan Unit Pengimejan dan bertentangan dengan Unit Kebajikan Sosial;

  • Menerima alat-alat yang telah digunakan dari Wad/Klinik Pakar dan Dewan Bedah, kemudian memprosesnya mengikut tatacara yang telah ditentukan;
  • Menerima kainan seperti drapes, gown dan dressing towel dari dobi, kainan dilipat mengikut tatacara yang ditetapkan kemudian disteril dan dibekalkan ke wad-wad dan unit-unit lain mengikut keperluan;
  • Permintaan 'soft material' seperti gauze, cotton, gamgee, tampon, eye-pad dan lain-lain keperluan bahan pembebatan disiapkan dan dibekalkan ke wad-wad dan unit-unit lain setiap hari;
  • Mensterilkan bungkusan untuk klinik-klinik kesihatan dan pergigian di kawasan Segamat.          

Objektif
Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam membekal dan memproses alat-alat steril ke unit, wad dan klinik kesihatan tanpa pencemaran.

Misi
Memberi perkhidmatan pensterilan yang produktif, berkualiti dan infeksi terkawal.

Visi
Unit Bekalan Steril akan menentukan perkhidmatan pensterilan bermutu tinggi menggunakan teknologi terkini dalam pencegahan infeksi.

Polisi

  • Pensterilan semua peralatan dan material yang perlu disucihama seharusnya di buat di Unit Bekalan Steril,kecuali yang berikut;
    1. Pensterilan secara ‘short cycle’ dibuat sekiranya perlu untuk peralatan yang selalu digunakan dalam bilik bedah dan klinik pergigian sahaja;
    2. Pempasteuran susu perlu dibuat di ‘milk kitchen’;
    3. Pensterilan bahan-bahan ‘pharmaceutical’ perlu diambil alih oleh Unit Farmasi;
    4. Pensterilan media,peralatan kaca dan specimen yang berinfeksi perlu diambil alih oleh Unit Patologi.
  • Peralatan dan material dari pusat kesihatan perlu dicuci, di saring dan dibungkus di pusat kesihatan dan di autoclave di Unit Bekalan Steril;
  • Bekalan peralatan steril dari punca komersial perlu disimpan di stor perubatan. CSSD perlu meminta bekalan dari stor perubatan mengikut keperluan dan bila diperlukan;
  • CSSD perlu mengendalikan semua linen yang digunakan dalam set CSSD. Linen yang bersih perlu diindent dan diterima dari pihak dobi mengikut pertukaran biasa  dan linen yang telah digunakan perlu dipungut oleh pihak dobi;
  • Semua pemulangan peralatan perlu dikendalikan sebagai peralatan tercemar;
  • Peralatan dan ‘instrument’ yang dipulangkan kepada CSSD untuk diproses semula perlu dihantar terus ke kawasan penerimaan (cucian);
  • Bekalan bersih yang diperolehi oleh CSSD perlu diterima dari ‘bulk store’;
  • Pembekalan peralatan steril perlu dibuat dari kawasan steril mengikut set schedule;
  • Semua anggota CSSD perlu memakai pakaian CSSD yang lengkap;
  • Penggunaan peralatan CSSD dari jabatan termasuk sesetengah unit perlu dipungut oleh anggota CSSD mengikut kebiasaan. Sesetengah unit seperti Jabatan Kecemasan, Haemodialysis dan klinik pakar perlu menghantar set yang telah digunakan dan mengambil set steril mengikut masa yang dibuat;
  • Semua disinfectan dan prosedur steril perlu mengikut garispanduan ‘Sterilization and Disinfection’ dan garispanduan Kawalan Infeksi Kementerian Kesihatan Malaysia 1994.

Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cepat dan mesra;
  • Memastikan alat-alat yang dibekalkan dalam keadaan steril;
  • Alat-alat kelengkapan dari unit-unit khas akan dibekalkan dalam masa 2 jam.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Mencuci, membuat saringan, membungkus dan membekalkan peralatan dan material yang steril untuk digunakan di hospital;
  • Pensterilan peralatan dan material dari pusat-pusat  kesihatan;
  • Membekalkan peralatan yang steril;
  • Unit Bekalan Steril beroperasi mengikut waktu kerja biasa.

Pegawai Yang Boleh Dihubungi
Ketua Jururawat ( Tel No : Ext 196/197/198 )