BAHAGIAN PENYELIAAN & KESELAMATAN

Pengenalan
Pejabat Penyelia Hospital diletakkan di bawah aktiviti 3.2 (Pengurusan Hospital). Unit ini mempunyai 4 orang anggota terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 (Penyelia Hospital), Seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan seorang Pembantu Keselamatan KP 17.

Misi

  • Memberi perkhidmatan yang terkini dan berasaskan teknologi semasa dengan cekap dan efektif.
  • Menjadikan kualiti sebagai teras kepada perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan sokongan yang dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kualiti.
  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan perkembangan bidang perubatan.

Visi
Menjadikan unit ini sebagai unit yang cemerlang, cekap dan berkemahiran tinggi serta memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf perkhidmatan sokongan klinikal serta khidmat sokongan lain bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta menggalakkan kerjasama individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan berlandaskan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif

  • Melaksanakan tugas-tugas penyeliaan am dan klinikal bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi mencapai objektif organisasi dan Memberi pengetahuan, bimbingan dan kemahiran dari segi kepimpinan serta penyeliaan dengan efektif dan efisyen.
  • Membantu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di dalam melaksanakan amanah serta menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited.
  • Meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan penglibatan anggota di dalam semua aktivti-aktiviti jabatan serta dapat menangani masalah anggota seliaan.
  • Menyelia, memantau serta menyelaras Perkhidmatan Penswastaan seperti perkhidmatan BEMS, FEMS, CWMS dan LLS.
  • Kepuasan pelanggan melalui konsep preventif, kuratif dan rehabilitatif.
  • Bertindak sebagai Pegawai Penghubung (Liaison Officer) dengan Hospital Support Service (HSS), SIHAT, BOV dan lain-lain Jabatan / Unit dalam Hospital.
  • Untuk memberikan khidmat dari segi pengurusan keselamatan, perlindungan secara cekap dan berkesan selaras dengan arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan keselamatan.

Piagam Pelanggan
Bahagian Penyeliaan, Keselamatan dan Penswastaan mengiktiraf bahawa semua pelanggan berhak untuk menerima perkhidmatan dan layanan yang baik, mesra dan bersopan-santun selaras dengan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi Kami
Penyelia Hospital
079433333 Samb. 112/271