BAHAGIAN KEJURURAWATAN

Pengenalan
Bahagian Kejururawatan adalah nadi sesebuah hospital dan mempunyai jumlah anggota yang terbesar dan merupakan “front liner “ hospital.

Objektif

  • Memastikan  penjagaan / perawatan pesakit dengan berkualiti berkonsepkan perancangan perlaksanaan dan pengekalan standard perawatan yang optima.
  • Menganjur dan mengadakan kursus dan latihan ,persidangan ,bengkel,taklimat serta sessi orientasi ke arah pembangunan kerjaya anggota kejururawatan
  • Menyelaras dan menggunakan sumber tenaga anggota yang sedia ada dalam membantu perawatan pesakit.
  • Mewujudkan semangat kerja berpasukan secara penglibatan menyeluruh antara unit / jabatan lain untuk mencapai objektif organisasi.
  • Merangka dan melaksanakan penyelidikan untuk meningkatkan perawatan pesakit dan kebajikan anggota.

Visi
Kejururawatan akan menjadi pasukan profesional yang dinamik dan responsif terhadap Dasar Kesihatan Negara, keperluan pelanggan dan persekitaran yang kian berubah di mana setiap jururawat mampu membekal perkhidmatan kepakaran yang berbudaya penyayang, efisen dan efektif secara profesional, dengan menggunakan teknologi bersesuaian terkini ke arah peningkatan kualiti penghidupan.

Misi
Menentukan pencapaian potensi kesihatan fizikal , mental dan sosial yang berkualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan tanpa sempadan yang tertumpu dengan usahasama pelanggan dan komuniti melalui :

  • Promosi kesihatan dari aspek perawatan preventif kuratif dan rehabilitasi kepad pelanggan dan komuniti. Laksanakan aktiviti perawatan promotif, kuritif dan pelanggan  dan komuniti.
  • Jalankan pendidikan kesihatan pelanggan ke arah  penjagaan kendiri.
  • Perkhidmatan perawatan berfokuskan pelanggan berlandaskan bukti - bukti saintifik.
  • Berusaha sama dengan ahli-ahli dalam pasukan kesihatan dalam  pengendalian keperluan pelanggan.
  • Pengekalan tahap profesionalisma dengan mempertingkatkan kompetensi seiring perkembangan teknologi terkini.
  • Pendidikan  kejururawatan berterusan bagi perkembangan amalan kejururawatan.
  • Kerjasama dengan agensi luar negara dan tempatan dalam pengendalian kemajuan kerjaya kejururawatan.
  • Konfren dan bengkel untuk  peningkatan profesionalisme.
  • Jaringan dengan agensi kejururawatan peringkat antarabangsa.

 

Perjawatan

BIL

JAWATAN

PERUNTUKAN

ISI

1

Jururawat  U42

1

1

2

Jururawat Klinikal  U41

5

2

3

Jururawat  U36

2

2

4

Jururawat  U32    

22

17

5

Jururawat  U29

241

222

6

Jururawat   Masyarakat U24

2

3

7

Jururawat  Masyarakat U19

47

39

8

Bidan Terlatih  U14

1

2

9

Bidan Terlatih  U11

5

1

10

Penolong Jururawat  U14

9

5

11

Penolong Jururawat  U11

3

4

 

JUMLAH

338

296