Kecilkan Saiz Tulisan | Besarkan Saiz Tulisan Biru Hijau Ungu Hitam Set Semula Bahasa Melayu English

CARIAN

MASA

 

SEJARAH SEGAMAT

 

Perkataan segamat dipercayai berasal dari perkataan 'Segar' dan 'amat' yang bermaksud sangat segar. Ia dikaitkan dengan peristiwa Sultan Ahmad dan pengikutnya yang telah melarikan diri dari Melaka. Pada satu hari, Sultan Ahmad telah kembali ke Johor dan ketika dalam perjalanannya, baginda berhenti berehat berhampiran dengan sebatang sungai yang jernih airnya. Selepas meminum air sungai tersebut, Sultan Ahmad dan Bendahara Tun Tepuk berkata "Ya segar amat". Dari perkataan tersebut maka lahir lah perkataan segamat (segar + amat).

  

 

segamat merupakan daerah paling tua di negeri Johor dengan  keluasan  2851.26 Sq.Km yang kaya dengan kisah sejarah sehingga ia digelar "Daerah Lagenda ". Segamat pada asalnya adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan. Ia berada di bawah pemerintahan Martin Lister, Residen British (1895-1897). Pada tahun 1901 ia dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Johor.

Aktiviti ekonomi utama penduduk daerah segamat adalah pertanian yang lebih kepada tanaman pokok getah. Ia merupakan ladang getah terbesar di negeri Johor.

 

LATAR BELAKANG HOSPITAL

 

Hospital Segamat ini yang terletak 6 kilometer dari Pusat Bandar Segamat merupakan sebuah hospital berkonsepkan nucleus menggantikan hospital lama yang berusia 76 tahun. Konsep Nukleus ini diilhamkan oleh Jabatan Kesihatan United Kingdom dan diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan di Malaysia. Mula dibina di dalam Rancangan Malaysia ke Enam pada tahun 1992 dan beroperasi pada 27 Mac 1995 di mana ia merupakan sebuah hospital yang mempunyai perkhidmatan kepakaran basik. Ia mempunyai keluasan tapak 60 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM 91.4 juta.

  

 

 

 

Hospital Segamat beroperasi dengan kapasiti 314 buah katil. Perkhidmatan meliputi Daerah Segamat, Gemas dan sebahagian selatan Negeri Pahang.

 

 

SEJARAH PENUBUHAN

 

Hospital Daerah Segamat yang pertama terletak berhampiran dengan stesen Keretapi Bandar Segamat iaitu di jalan besar ke Muar. Kawasannya seluas 15 ekar dan dibina pada tahun 1920. Wad pertama diwujudkan semasa itu ialah wad Tibi kemudian pada tahun 1922 sebuah wad lagi telah dibina bagi menempatkan kes - kes kecederaan. Seterusnya disusuli pula dengan pembinaan Wad Sakit Puan / Bersalin dan Wad Kanak - Kanak pada tahun 1927 dan 1929.

 

Berikutan itu banyak wad dan bangunan baru yang menempatkan perkhidmatan sokongan serta sebuah poliklinik telah dibina sehingga tahun 1967. Pada tahun 1970 an, Hospital ini telah digazetkan sebagai sebuah hospital dengan perkhidmatan Pakar Bedah dan Pakar Perubatan yang mempunyai katil sebanyak 224 buah. Pada tahun 1980 an, perkhidmatan Perbidanan dan Sakit Puan diwujudkan di hospital ini.

 

 

Namun pada tahun 1993 iaitu menjelang Rancangan Malaysia ke Enam, rancangan pembinaan sebuah hospital baru mula dibuat sehinggalah terbinanya Hospital Segamat yang sedang beroperasi sehingga kini.

 

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend


MSC My Government Kementerian Kesihatan Malaysia JKN Johor Email MohCube Institut Jantung Negara Info Kesihatan Anda Info H1N1 Virtual Library KKM MAMPU Kementerian Kewangan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas